Pengalaman Buat Passport Di UTC Keramat
Assalamualaikum.
Salam 2 pagi semua. Weee. Semangat pula tiba-tiba pepagi buta ni nak menulis. Haha. Aura rajin datang, kita layankan aje. Tak tahu nak tulis apa, tapi sebabkan nak sangat menulis, jadi aku cadang nak kongsi sikit pengalaman aku bertarikh 6 Oktober 2017. Kekeke.
Dah 2 minggu duduk merancang nak buat passport, tarikh pun makin dekat, tapi passport tak buat-buat lagi. Zzzz. Rancangnya nak buat dekat UTC Melaka, tapi sebab cuti bukan senang nak dapat, spend masa dengan family lagi berharga, jadi aku batalkan hasrat buat passport di Melaka.
Mula-mula duduk teragak-agak jugalah, nak UTC Sentul ke UTC Keramat, sebab dua-duanya sangat dekat dengan rumah aku, cuma dalam 3 - 4km saja. Fikir punya fikir, ke UTC Keramatlah kita, betul-betul depan Stesyen LRT Damai. Convenient sangat. Bila Google gambar tengok bukan main cantik, tapi bila sampai terkejut kejap kita. Haha. Macam bangunan terbiar pun ada. Dalamnya ada 2 kompleks. Sebelah untuk kedai-kedai dan sebelah lagi untuk pejabat-pejabat kerajaan.
Aku masuk ke UTC melalui kompleks kedai-kedai. Jangan risau ada jalan menghubungkan keduanya. Bagi aku yang jenis paranoid, pertama kali masuk ke UTC Keramat memang agak scary jugalah. Haha.
Aku pergi ke UTC Keramat sejurus lepas habis waktu kerja pada hari Jumaat. Mulanya aku ingat nak telefon dulu, takut nanti sampai-sampai kaunter tutup ke apa ke. Tapi sayang, telefon berpuluh kali pun tak ada yang mengangkat, cuma nada dering saja kedengaran. Hadoi. Makanya menapaklah aku dengan ragu-ragu. Sampai di sana dalam lebih kurang 5.15 petang, ambil nombor giliran di kaunter luar. Nombor giliran diambil dekat kaunter luar untuk Jabatan Imigresen dan juga Jabatan Pendaftaran Negara saja tak silap.
Tak panjang pun beratur, 1 minit aje. Haha. Lepas beri salinan fotostat, pegawai itu tanya lahir di mana, terus aku dapat nombor giliran dan aku diminta masuk menunggu. Masuk ke dalam pejabat Imigresen memang tenang setenangnya, tak ramai orang. Aku duduk tak sampai 5 minit, nombor aku naik. Maka aku menuju ke kaunter dan berikan IC, salinan IC, tanya beberapa soalan dan seterusnya ambil gambar. Nasib hari itu aku pakai tudung warna gelap, jadi aku tak perlu pakai tudung imigresen. Cuma sayang, gambar passport aku buruk. Argghhh!!! 5 tahun punya gambar. Adoilah.
=p
Proses makan masa dalam tak sampai 10 minit, seterusnya aku diminta tunggu untuk proses pembayaran pula. Sama juga situasinya, tak sampai 10 minit menunggu, aku diminta ke kaunter pembayaran. Harga bagi buat passport adalah RM200 untuk 5 tahun. Tak silap aku kalau renew harganya adalah RM100. Tengah duduk membayar, aku perhatikan nota ditampal di kaca kaunter. Masa menunggu untuk collect semula passport adalah sejam. Aku okay saja, sebab memang dah agak dan pernah baca pengalaman orang lain.
Aku duduk menunggu. Eh!! Tak sampai 10 minit, number aku naik. Masa untuk collect passport!! Yahoo!! Keseluruhan proses makan masa selama 30 minit saja. Aku keluar dari UTC tepat pukul 5.45 petang. Fuh!! Kagum kejap. Tapi kehadiran UTC ni sebenarnya banyak membantu. Sama macam aku renew lesen dan buat IC baru di UTC Melaka. Proses dalam sejamlah, tak adalah sampai berjam-jam dan bertelur di UTC. Haha. Overall, memang satu pengalaman yang convenience buat passport di UTC.
Aku ke UTC Keramat pun atas cadangan roommate aku, sebab dia punya passport pun siap dalam masa sejam, dan dia pergi pada waktu malam.
=)
Officially, buku merah dah siap. Barang-barang pun kena mula kemas sikit-sikit nampaknya. May Allah ease everything. Selamat malam. Assalamualaikum.
P/S: Kalau anda dapat tawaran kerja yang sangat menarik dan kena dengan jiwa, cuma kerjanya di luar negara, anda terima ke tak? Living in a foreign land is not a bad idea right? Kan kan kan?
:)
0 Response to "Pengalaman Buat Passport Di UTC Keramat"
Post a Comment