-->

Kisah Namrud: Raja Sombong yang Dilaknat Allah dan Mati Hanya Kerana Seekor Nyamuk

Kisah Namrud: Raja Sombong yang Dilaknat Allah dan Mati Hanya Kerana Seekor Nyamuk
Kisah Namrud: Raja Sombong yang Dilaknat Allah dan Mati Hanya Kerana Seekor Nyamuk
Raja Namrud (hidup sekitar tahun 2275 SM- 1943 SM) juga disebut eja Namrudz bin Kan’aan (2275 SM – 1943 SM) adalah salah satu seorang Raja yang memerintah Mesopotamia purba (kini dikenali negara Iraq). Ia memiliki gelaran “a mighty hunter” yang bermaksud “pemburu yang hebat” atau “pemburu yang perkasa”, kerana kebijakannya dalam berburu.
Raja Namrud 

Nama lengkapnya adalah Namrudz bin Kan’aan bin Kush bin Ham bin Nuh (Nabi Nuh a.s.) atau juga sesetengah pendapat (Raja Namrud bin Kush bin Ham bin Nuh). Selain itu beliau diberi gelaran Dewa Bacchus atau Dewa Wain serta Dewa Matahari.
Namrud sendiri merupakan kata jamak yang mempunyai pengertian “Mari memberontak”. Namanya tercatat dalam Taurat, Injil dan kisah-kisah Islam. Pada zamannya, Namrud merupakan seorang raja yang cerdas, namun kecerdasannya itu membuatnya bersikap sombong dan takbur sehinggakan dia mengaku menjadi seorang ateis atau sebagai Tuhan dan usahanya mendapat tentangan hebat dari Nabi Ibrahim a.s.
Namanya terkenal kerana usahanya sebagai pendiri Menara Babel. Menurut Kitab Bible kerajaannya termasuklah Babel, Erech, Accad dan Calneh, di tanah Shinar, yang juga dikenali sebagai tanah Namrud.

Keturunan Nabi Nuh a.s. Bapa Namrud ialah Kush iaitu cucu kepada nabi Nuh a.s., manakala ibunya ialah Semiramis. Ibunya pada usia remaja telah berkahwin dengan bapanya. Adalah dipercayai sehari selepas mengadakan hubungan kelamin dengan Semiramis, bapanya telah meninggal dunia. Oleh itu, apabila Namrud lahir beliau tidak berbapa. Ibunya adalah seorang yang wanita yang cantik lagi bijaksana.
Setelah beliau dilahirkan, ibunya membuat cerita kononnya dia tidak pernah disentuh oleh manusia dan Namrud adalah anak yang suci. Ini telah menambahkan keyakinan Namrud bahawa beliau adalah anak tuhan. Apabila beliau menjadi dewasa, beliau menjadi seorang yang kacak dan ibunya cemburu dengan teman wanitanya. Oleh itu, Semiramis telah berkahwin dengan Namrud iaitu anaknya sendiri.
Pemerintahan Raja
Raja Namrud telah dianugerahkan daya intelek yang tinggi dan menjadi pakar dalam pelbagai bidang seperti seni reka, matematik dan ilmu falak. Beliau telah menemui sistem sexagesimal yang membahagikan bulatan kepada 360 darjah, satu darjah kepada 60 minit dan 1 minit kepada 60 saat. Selain itu beliau menetapkan bahawa satu hari terbahagi kepada 24 jam setiap jam kepada 60 minit dan 1 minit kepada 60 saat.
Menurut beliau, hari bermula pada waktu tengah malam dan bukannya pada waktu matahari terbenam seperti yang dipercayai oleh kaum sebelumnya. Disamping itu, Namrud mahir dalam pengiraan matematik dalam pembinaan bangunan-bangunan besar, jambatan, kuil, mahligai dan empangan.
Antara sumbangan beliau ialah pembinaan sistem saliran irrigation di lembah Tigris dan Euphrates. Beliaulah orang pertama yang menggunakan batu-bata dari tanah liat yang terbakar burnt clay sebagai bahan binaan bangunan. Malah beliau terkenal sebagai arkitek Menara Babil iaitu pencakar langit yang pertama di dunia.
Malangnya sebagai seorang ateis, beliau telah menyalahgunakan kebijaksanaannya untuk menyesatkan rakyatnya. Antara lain beliau telah menggunakan ilmu falak untuk mencipta pelbagai sistem meramal nasib seperti horoskop dan tilik nasib palmistry.
Tujuannya ialah untuk menunjukkan bahawa manusia tidak perlukan Tuhan kerana manusia mampu meramal dan mengubah nasibnya sendiri. Selain itu, beliau membina banyak bangunan serta berhala yang tersergam indah agar manusia kagum dengan kehebatan ciptaannya sendiri.
Menara Babil yang bermaksud “Pintu Gerbang yang Sempurna” merupakan kuil dimana pendeta-pendeta menyanjung Namrud. Tujuannya dibina ialah untuk menaikkan sebuah bangunan yang mampu mencecah kayangan.
Menurut buku “Sejarah Para Rasul dan Raja” pada abad ke-9 oleh ahli sejarah Islam terkenal al-Tabari, me

0 Response to "Kisah Namrud: Raja Sombong yang Dilaknat Allah dan Mati Hanya Kerana Seekor Nyamuk"

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel