Yang Pertama :)
Assalamualaikum.
Eh! Sabtu dah separuh hari berlalu. Padahal tak buat apa sangat pun. Hahaha. Bergolek-golek, terlelap kejap, masak, makan, golek balik, lelap balik. Kekeke. Anda-anda semua buat apa aje? Mesti pergi open house, kenduri kahwin, makan kambing golek kan? Sedap sangat.
Tak lama lagi filem Kau Yang Satu lakonan Aaron Aziz dan Izara Aishah akan ditayangkan. Aku bukanlah peminat filem adaptasi, sebab selalunya adaptasi kurang menjadi, feel dia jadi ke lain. Tapi kalau agak-agak bosan, layan jugalah. Novel KAU YANG SATU adalah antara novel-novel pertama yang aku baca zaman muda remaja belia dulu. Ada 2 novel yang jalan ceritanya melekat dalam kepala aku dan beri kesan sangat mendalam sampai duduk berangan-angan. Sebab itu zaman dulu, blog aku penuh dengan tulisan cinta. Merepek aje banyak sebenarnya. Haha.
Selain novel Kau Untukku karya Aisya Sofea, satu lagi adalah novel ini karya Nia Azalea, iaitu KAU YANG SATU. Waktu itu, aku rasa kisah cinta Nurul Umairah - Ahmad Fuad & Salina - Taufik adalah kisah cinta yang sangat indah dan romantis. Kah kah kah. Dah habis baca, duduklah berangan seorang diri, nak ciri-ciri suami begitu begini, nak kahwin sebelum umur begini begini. I became a hopeless romantic. Haha.
Truth is, I believe apa yang kita baca dan expose masa zaman muda belia nak masuk 20an sedikit sebanyak boleh pengaruh pemikiran kita. I believe so, melihatkan pada diri sendiri. For nowadays generation, not so much of books, but more towards social media. World of no boundary. And people, that is scary!!!
Macam-macam berita sekarang kan, yang pelik-pelik, yang tak kita jangka, yang buat kita rasa jijik, buat kita mengucap panjang. Pemangsa dan mangsa adalah remaja. Belasan tahun. Hmmm. Things will get out of control if we do nothing. If we just sit and sigh. Kids nowadays unlike us, they are quick to learn. What we are expose to during our times are different from theirs. That's why jadi seorang mak dan seorang ayah pada zaman ini sangat mencabar. Semoga kita diberi kekuatan dan kesabaran untuk mendidik dan menegur.
Happy weekend. Assalamualaikum.
:)

0 Response to "Yang Pertama :)"
Post a Comment